Tausiyah Islami

Berbagi ilmu dan pengetahuan tentang Islam

Tafsir Mimpi Menurut Islam

Arti mimpi jika anda bermimpi ketemu dengan seperti kejadian di bawah ini:

ANGGOTA KELUARGA

  • Anggota Keluarga: Bermimpi mempunyai anak lelaki yang remaja bererti kemegahan dan kekuatan bagi anda. Perempuan yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa bererti satu kebaikan yang akan datang.

ALLAH S.W.T.:

  • Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: “Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berdiri di hadapan Allah S.W.T. dan Allah memandang kepadanya, maka mimpi itu merupakan mimpi rahmat jika yang bermimpi itu orang salih. Tetapi kalau yang bermimpi itu bukan orang salih, maka itu merupakan peringatan.”

BERTELANJANG

  • Bertelanjang: Bermimpi kehilangan sebahagian pakaiannya atau barang-barang di rumah bermakna akan hilang sebahagian hartanya. Bermimpi seolah-olah akan menanggalkan kasut bermakna anda akan berpisah dengan isteri atau pembantu anda.

BINATANG

  • Binatang: Bermimpi suara singa bererti takut kepada raja yang zalim, bermimpi suara kuda bermakna anda akan mendapat pemberian dari lelaki yang mulia, bermimpi suara kulit ular bererti menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya, bermimpi percakapan burung bermakna baik dan ialah satu petanda bahawa orang yang bermimpi bertambah mulia, bermimpi suara kucing menunjukkan memalukan pembantu yang pencuri.

DARAH

  • Darah: Darah yang keluar dari hidung, jika ia banyak cair, bermakna harta yang berpanjangan. Jika ia kental, bermakna keguguran kandungan (anak). Jika dia lihat darah itu mengotori pakaiannya bermakna dia akan mendapat harta yang tidak baik dan akan melakukan dosa. Jika darah itu tidak mengotori pakaiannya bererti dia akan keluar dari dosanya (terampun dosanya).

DIKEJAR

  • Dikejar: Bermimpi diikuti oleh orang pemuda bermakna anda akan berjumpa dengan musuh.

GIGI

  • Gigi: adapun gigi maknanya adalah keluarga rumah tangga lelaki. Maka gigi sebelah atas adalah keluarganya yang lelaki dan sebelah bawah keluarga yang perempuan.
  • Gigi yang goyang: jika sebahagian gigi goyang, menunjukkan ada yang akan berpenyakit.
  • Gigi Jatuh: gigi yang jatuh dan hilang atau tanggal menunjukkan kematian atau hilang buat selama-lamanya.

HAJI DAN UMRAH:

  • Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: “Sesiapa yang melihat dia pergi mengerjakan haji pada musimnya, maka kalau dia belum haji akan dapat mengerjakan haji, kalau dia sedang sakit akan sembuh, kalau dia mempunyai hutang akan dapat membayar hutangnya, kalau dia sedang ketakutan dia akan merasa aman, kalau dia miskin akan menjadi kaya, kalau dia musafir akan selamat, kalau dia telah digulingkan atau ditendang akan kembali mendapat jawatan, kalau dia sesat akan mengetahui arah dan petunjuk dan kalau dia dalam kesusahan akan mendapat kelapangan.”
  • Orang yang melihat pergi mengerjakan haji tetapi sudah habis waktunya, maka kalau dia seorang pemimpin akan digulingkan, kalau dia peniaga akan merugi, kalau dia musafir akan terkandas di perjalanan, kalau dia sihat akan berpenyakit.
  • Orang yang melihat seolah-olah dia mengerjakan haji atau umrah bererti panjang umurnya dan tetap pendiriannya. Orang yang bermimpi tawaf di Baitullah akan mendapat jawatan yang mulia. Orang yang bermimpi tawaf di atas tunggangan bererti dia menyetubuhi wanita yang sedang ihram.

JIN

  • Jin: Orang yang bermimpi bertukar menjadi jin bererti kuat tipu dayanya. Melihat sihir jin dalam tidur menunjukkan tipu daya. Bermimpi melihat jin, pada asalnya mereka adalah kelompak yang suka mengajak manusia berkhayal dan menipu manusia.

KUCING

  • Kucing: mendengar suara kucing berarti memalukan pembantu yang mencuri.

MALAIKAT:

  • Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: “Melihat malaikat dalam tidur, jika malaikat itu yang dikenal dan dalam keadaan bergembira, maka akan berlaku sesuatu bagi orang yang bermimpi. Sesuatu yang dimaksudkan itu termasuklah kemegahan, kekuatan, berita menggembirakan, mendapat pertolongan setelah dizalimi, sembuh, setelah berpenyakit, tenteram setelah dalam ketakutan, kaya setelah miskin, bergembira setelah menderita, dapat menghajikan kawannya atau dia syahid dalam peperangan.”

MATI

  • Mati: Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Melihat seolah-olah anda mati, kemudian anda hidup lagi, bererti anda mempunyai dosa kemudian anda bertaubat.

MAYAT

  • Mayat: Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangisnya, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta.

MUHAMMAD S.A.W.:

  • Dari Sa’id bin Qais, dari ayahnya, katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tidak masuk neraka orang yang melihat aku dalam tidurnya.”

PARA RASUL:

  • Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: “Bermimpi melihat para nabi ada dua kemungkinan. Mungkin merupakan khabar gembira dan mungkin juga suatu peringatan. Pertama melihat hal atau keadaannya yang sebenar. Ini menunjukkan orang yang bermimpi itu baik, sempurna, mulia dan menang dari musuh-musuhnya. Kedua, melihat nabi tidak seperti keadaannya yang sebenar. Misalnya dia melihat nabi dalam keadaan cemberut atau masam mukanya. Ini menunjukkan buruknya keadaan orang yang bermimpi itu dan bersangatan musibah yang diterimanya tetapi akhirnya Allah melapangkannya. Kalau dia bermimpi melihat seolah-olah dia membunuh nabi, itu menunjukkan bahawa dia tidak menunaikan amanah menyalahi janji.”

SAHABAT DAN TABIIN:

  • Sesiapa yang melihat salah seorang dari mereka atau sekalian mereka dalam keadaan hidup, maka melihat itu dikira kuat agamanya. Ini juga menunjukkan bahawa yang bermimpi itu akan memperoleh ketinggian dan kemuliaan. Kalau ada orang yang melihat seolah-olah dia termasuk sahabat atau tabiin, maka dia akan menghadapi kesusahan, tetapi akhirnya mendapat kelapangan. Kalau selalu melihat mereka, maka akan lapang kehidupan.

SINGA

  • Suara singa: mendengar suara singa bererti takut kepada raja yang zalim.

SYAITAN

  • Syaitan: Sesiapa yang bermimpi diganggu syaitan bererti musuhnya menuduh isterinya berzina atau mengganggunya. Kata satu pendapat mimpi seperti itu menunjukkan orang yang bermimpi akan lepas daripada kesusahannya atau sembuh dari penyakit.

ULAR

menurut Islam:

  •  Mendengar Bunyi Kulit Ular: bermakna menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya.
  • Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya akan beristeri dan jika perempuan akan lekas bersuami.
About these ads

3 comments on “Tafsir Mimpi Menurut Islam

  1. Inilah dakwah yg sukses
    8 November 2013

    bgmn kalo merasa mimpi ketemu nabi Saw,tp tdk dpt melihat wajah beliau,seakan-akan wajah beliau tertutup kabut atau semacam mendung?beliau tdk brbicara spatahpun,duduk diatas kuda putih,kalau ga salah memakai baju gamis berwarna coklat muda… Apa maknanya?

    • Didik Kurniawn
      17 September 2014

      terusin tidurnya ,usahain mimpinya berlanjut

  2. Dian Tifani
    4 Juli 2014

    ya alloh semalem aku mimpi gigi aku yg bawah copot 2.. aku takuttt

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on 11 Agustus 2011 by in Artikel and tagged .

Kolom Rejeki

Kolom Usaha

Kamus Islam

Tafakur = Perenungan diri
Iitiqomah = Ikhlas
Istighfar = Memohon ampunan kepada Allah
Mustahiq= Golongan yang Berhak Menerima
Zakat = Harta yang Wajib dikeluarkan
Fakir = Sengsara Hidupnya
miskin = Orang yang hidupnya kekurangan
Amil = Orang yang mengumpulkan dana
Muallaf = Orang yang masuk Islam
Hamba sahaya = Orang yang di sebut budak
Gharimin = Orang yang berhutang untuk keluarga
Fisabilillah = Orang yang berjuang di jalan Allah
Ibnu sabil = Orang asing yang tidak memiliki biaya untuk kembali ke tanah airnya

Ruang Tutorial

eBook Store

Galeri eBook harga mulai Rp.10ribu

Kolom Berita

Tembang Islami

Doa Kita

Doa melancarkan rezeki: Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billahil 'aliyyil 'adziim (Dibaca 100x tiap malam)

Ayo Mengaji

Bacalah (Iqra’)

Doa Harian

DOA MEMOHON AMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH

"Robbanaa dholamnaa anfusanaa wa ilam taghfirlanaa wa tarhamnaa lanakuunanna minal khaasirin"

"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi".
(QS; 7; Al A'raaf; 23)

Jadwal Shalat



Kalendar Islam

Hari-hari Penting Islam 2014
__________________
Hari-hari Penting Islam 2014

Maulid Nabi (12 Rabiul 1 1435):
13 Januari 2014
Isra' Mi'raj (27 Rajab 1435):
26 Mei 2014
Ramadhan mulai (1 Ramadhan 1435):
28 Juni 2014
Idul Fitri (1 Syawwal 1435):

28 Juli 2014
Idul Adha (10 Dz-Hijjah 1435):

4 Oktober 2014
Tahun Baru Islam (1 Muharram 1436):
25 Oktober 2014
Asyura (10 Muharram 1436):
3 November 2014

Kata-kata Hikmah

Tidak akan terputus rejeki seseorang selama ia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya. Yakini itu dengan keimanan.

Mutiara Hadist

Sesungguh-nya puasa dan bacaan Al Quran memberikan syafaat kepada pelakunya pada hari kiamat - Hadist riwayat Ahmad -

Tausiyah Singkat

“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.”
(HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470).

Baca & Doa Selengkapnya'

Kata Ustadz

Yusuf Mansur Network

PAKAIAN SHALAT PAKAIAN KEHIDUPAN - Wahai saudariku, ketika engkau mendirikan shalat menghadap Allah swt tentu engkau berpakaian lebar dan panjang. Engkau tentu tidak berani berpakaian ketat dan pendek. Engkau tentu tidak berani menampakkan sebagian atau seluruh bagian auratmu, atau menampakkan bentuk lekuk-lekuk tubuhmu. Demikian juga halnya di dalam kehidupan sehari-hari di luar (selain) shalat, tentu engkau pasti tidak berani menentang Allah dan Rasul-Nya. Engkau tahu dan paham, ajaran Islam termasuk cara berbusana tidak hanya diamalkan ketika shalat saja, tapi harus diamalkan dalam segala aktivitas kehidupan. Kata Ustadz Selengkpanya'

Yang Bersilaturahmi

  • 306,612 hits

Tausiyah Islami lewat email

Bergabunglah dengan 840 pengikut lainnya.

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

Bergabunglah dengan 840 pengikut lainnya.

%d blogger menyukai ini: